9 BEZA UBAT & SUPPLEMENT: Apakah pilihan anda?

9 BEZA UBAT & SUPPLEMENT: Apakah pilihan anda?

 
Hari ni taknak cite panjang2..nak share perbezaan antara ubat dengan supplement sbb Adaa tau ramai lagi yang konpius ni..selalu juga adaa ditanya, ade tak ubat utk sakit A, utk sakit B..maaflah, Adaa tak pandai bab2 ubat ni sebab yang Adaa consume ni supplement..so take a look ya, hope it helps :)

UBAT
SUPPLEMENT
Ubat bukan dari bahan semulajadi, tidak menjadi sebahagian daripada tisu badan dan tidak menyumbang bahan-bahan berkhasiat
Diperbuat dari sumber semulajadi dan penting kepada tubuh badan
Ejen-ejen kimia yang kuat, boleh mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim
Bertindak membantu proses biokimia dan pemprosesan enzim
Boleh mengakibatkan kesan sampingan
Tidak memberikan kesan sampingan. Menggunakan secara berlebihan boleh menyebabkan system badan terganggu seketika sahaja
Ubat bertindak secara berasingan, boleh terganggu antara satu sama lain jika diambil bersama dan boleh menyebabkan kesan sampingan
Bertindak dengan lebih baik secara bersama kerana  supplement ibarat rantai, semua saling terkait. Kesemuanya harus bergabung untuk hasil yang terbaik
Bertindak cepat dan menakjubkan
Bertindak secara perlahan-lahan dan mengambil masa untuk melihat kesannya
Jika disalah guna atau berlebihan boleh membawa maut
Selamat digunakan dan tiada kesan sampingan
Kesan pengambilan ubat boleh dirasai oleh sesiapa sahaja
Hanya dirasai apabila tubuh seseorang itu kekurangan nutrisi tertentu. Cth: badan yang sudah cukup dengan Vitamin c tidak akan merasai apa2 perubahan jika mengambil makanan tambahan vitamin c
Merawat kesan penyakit bukan punca penyakit. Hanya menutup kesakitan dan bukan memulihkan.
Bertindak merawat PUNCA penyakit. Cth: jika kerap sembelit, ia berpunca dari kekurangan serat, pengambilan serat mencukupkan keperluan sserat dlm badan dan merawat PUNCA sembelit dan sembelit tak berulang kembali.
Orang tua memerlukan ubat pada sukatan rendah kerana mudah mendapat  kesan sampingan jika diambil secara berlebihan dibandingkan dengan orang muda
Memerlukan lebih banyak bilangan supplement kerana badan telah berada dalam tahap ‘KEKURANGAN’ (kurang nutrisi,zat) begitu lama serta system penghadaman yang lemah.

Credit to : mycutekids

VITALEA SHAKLEE MUTIVITAMIN DAN MULTIMINERAL

Produk UTAMA dalam SHAKLEE.....paling basic dan paling penting yang kita kena ambil..iaituVITALEA WITH IRON...ia juga merupakan produk pertama dari  DR. FOREST C.HAKLEE....


APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?
Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?.....

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.\


Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga


Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

VITA-LEA SHAKLEE
Siapa Memerlukan Multivitamin

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?  Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki produk utama SHAKLEE ini.....
Hanya RM71 dengan 120biji...


.Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi percuma :-
Tel/Sms@Whatsapp : 013-3752001
Facebook : http://www.facebook.com/Izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com
Assalamualaikum…

Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.
Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!
NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, insya-Allah akan OK tak lama lepas tu.
credit to Vitamin Shoppe

ZINC SHAKLEE

Zinc Shaklee
·         Satu tablet Zinc Shaklee membekalkan 100% DV zink.
·      Zinc Shaklee adalah asli tanpa warna, perisa tiruan dan pengawet.

Apa yang akan berlaku sekiranya kekurangan zinc?
-   Melambatkan penyembuhan luka – penyembuhan akan berlaku
      dgn cepat sekiranya sel baru lagi kuat dpt dibina untuk mengganti
      sel yg telah rosak dan musnah.
-   Hilang deria rasa dan bau – ia mengubah kimia air liur (saliva).
      Akibatnya apa yg dirasai atau dihidu terasa berlainan berbanding dgn
      orang yg normal.
-   Kemandulan – istilah yg digunakan adalah “below the level of 
     technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia
     mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakkannya
      (spem motility).
-   Ruam (rashes)
-   Pembesaran yg tidak optimal (kerdil)
-   Masalah buah pinggang
-   Masalah hati
-   Penyakit usus
-   Arthritis

Fungsi Zinc
-   Perkembangan tisu mata
-   Mustahak untuk pengeluaran sel darah merah
-   Membantu kuasa penyembuhan luka
-   Membina rambut yg sihat
-   Perkembangan kesihatan kulit
-   Kesuburan sistem peranakkan (reproductive system)
-    Membantu pembesaran / perkembangan kandungan (fetus)
      yg normal
-   Membantu perkembangan sistem urat saraf
-   Membantu pembiakan , pemulihan sel
-   Membantu menyelenggarakan deria rasa dan bau yg normal

Keperluan Kesihatan Mental

Keperluan Kesihatan Mental

Kenapa perlu kesihatan mental kanak-kanak?
Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.

Apakah keperluan kesihatan mental kanak-kanak?

Keperluan kesihatan mental kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa
  • Menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan-rakan sebaya
  • Berpeluang membina keyakinan diri dan harga diri
  • Persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin
  • Memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan penjaga
  • pelajaran merosot
  • bimbang, susah hati, kecewa dan sedih
  • ponteng sekolah
  • tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
  • menjadi agresif dan melawan orang tua
  • masalah kencing malam
  • mengalami mimpi ngeri dan menakutkan


Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa
Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud dan menjadi keutamaan. Kanak-kanak itu perlu mengetahui bahawa diri mereka disayangi. Mereka perlu tahu bahawa kasih sayang yang diterima tidak bersyarat dan tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan. Sering kali, dalam sesebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai salah satu sebab mengapa mereka tidak disayangi. Di samping itu juga, terdapat kanak-kanak yang merasakan mereka mendapat kurang kasih sayang disebabkan diri mereka yang kurang menyerlah dari segi kebolehan berbanding adik beradik yang lain. Dalam situasi sebegini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing dan segala kekurangan atau kegagalan perlulah diterima seadanya. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga akan dapat membantu kanak-kanak yakin terhadap diri sendiri dan berasa diri mereka dilindungi.

Kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan sebaya
Dalam membesarkan kanak-kanak, ada ketikanya ibu bapa terlupa kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak langsung tiada masa bermain atau beriadah. Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kataseperti “Kamu asyik nak main sahaja” atau ”Baca buku itu, jangan main” tanpa menyedari kepentingan bermain bagi kanak-kanak. Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan.
Bermain merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur.. Bermain mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakkan mereka meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul.
Apabila bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam mengharungi kehidupan masa kini, ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan rakan sebaliknya membiarkan menonton televisyen, melayari Internet atau bermain ”video game” tanpa pemantauan dengan alasan tidak mahu anak keluar dari rumah. Amalan ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa seharusnya memastikan masa menonton dihadkan dan memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton supaya kanak-kanak tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif dari televisyen dan permainan video. Ibu bapa perlu bermain dengan kanak-kanak dan melakukan aktiviti bersama. Ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dan berkongsi pendapat bersama anak-anak.

Kanak-kanak perlu diberi peluang membina keyakinan dan harga diri.
Sebagai kanak-kanak, mereka seharusnya dibimbing untuk mencuba aktiviti baru mengikut kebolehan mereka. Di peringkat kanak-kanaklah mula terbentuk personaliti, keyakinan dan harga diri jika diberi bimbingan yang baik. Harga diri terbentuk apabila kanak-kanak belajar menilai diri, menyayangi diri sendiri menghormati diri sendiri dan orang lain. Bagi mencapai kejayaan dalam sebarang bidang yang diceburi, kanak-kanak semestinya mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan dan harga diri boleh dibentuk dengan beberapa cara antaranya memberi pujian sekiranya berjaya dalam perkara yang dilakukan dan galakan untuk mencuba lagi sekiranya menghadapi kegagalan. Ibu bapa perlu memberi pujian kepada anak-anak sekiranya mereka telah berbuat sesuatu perkara yang baik. Dengan cara ini, kanak-kanak akan merasa diri mereka dihargai dan disayangi.
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata seperti ”Syabas” dan ”Tahniah” adalah antara kata-kata yang boleh menyuntik semangat kanak-kanak untuk berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan harga diri mereka. Sekiranya ibu bapa atau orang dewasa mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ”Kenapa bodoh sangat?” ”degil” dan ”tidak pandai”, ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa rendah diri. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dan menyindir bila kanak-kanak melakukan kesilapan. Mereka akan mempunyai perasaan takut untuk berbuat kesilapan dan membesar dengan mempunyai harga diri yang rendah. Selain itu, kanak-kanak perlu dibimbing untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan keupayaan mereka. Mereka perlu diberi dorongan dan bimbingan dalam menentukan matlamat dan cita –cita. Ibu bapa mestilah mampu berbincang dan mengakui kesilapan sendiri bila berbuat silap. Ini akan membantu mereka menghargai kejujuran dalam membentuk sifat-sifat terpuji semasa membesar.

Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin
Bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perlindungan daripada keluarga mereka. Untuk kanak-kanak ini membesar dengan penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seharian. Sama ada persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat jagaan,pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku kecederaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan ini tidak tertakluk kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan emosi. Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa. Kanak-kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif serta tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat tanpa perasaan takut dan bimbang.

Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan disiplin sewajarnya dari ibu bapa, guru dan penjaga
Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, mereka perlu didisiplinkan . Keluarga dan masyarakat bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan disiplin sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam mendisiplinkan anak-anak, ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, hukuman perlu diberi. Walau bagaimanapun, hukuman fizikal seperti merotan, memukul dan menampar akan menyebabkan kanak-kanak memberontak dan menjadi lebih agresif. Hukuman yang diberi perlu mengajar mereka mendisiplinkan diri sendiri seperti hukuman mendenda mereka melakukan kerja rumah , tidak membenarkan mereka keluar rumah untuk bermain (grounded), berdiri menghadap dinding (time-out), atau memotong wang perbelanjaan bertujuan mengajar memperbaiki diri dan ke arah kebaikan. Anak-anak perlu diterangkan mengapa mereka dihukum. Ketegasan ibu bapa diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa kemarahan hanya pada tingkah laku mereka dan bukan pada diri mereka.

Apakah kesan jika kesihatan mental kanak-kanak terganggu?
Sekiranya kesihatan mental kanak-kanak terganggu, kanak-kanak akan mengalami perkara berikut:

Anak Enggan Makan ???????

Anak Enggan Makan ???????

Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.

Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.


Produk MEAL SHAKES keluaran SHAKLEE ini sangat sesuai bagi anak yang mengalami situasi ini.
MEAL SHAKES bukan sekadar memberi nutrisi yang diperlukan oleh anak anda tetapi mampu meningkatkan selera makan anak anda.
Kandungan yang berkhasiat dan bermutu tinggi ini sememang terbukti keberkesanannya.

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com/
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Apa itu stress ??????

Apa itu stress ??????

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu.

Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.

Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya.

Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.




Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...