Cinch Energy Tea Mix




Cinch Energy Tea Mix Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.

 Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
 • Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
 • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan



Sustained Release Vit C 500mg

Setiap Vitamin C mengandung 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c di dalam 2 tablet vitamin C Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25 dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi baktetia dan radikal bebas.




Manfaat utama;
1) Membentuk kolagen.

     Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Memperbaiki simptom pendarahan.
    Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat,kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan sistem imun
    Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit,asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.

4) Memerangi kanser
   Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5) Mencantikkan kulit
    Pengambilan Vitamin C setiap hari mampu untuk menjadikan kulit cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.

6) Memperbaiki insomnia
    Ia memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7) Mengekalkan kolestrol sihat
     Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Fakta tentang Vitamin C
*1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C
*Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C
*Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak.
*Terlebih dos VitaminC (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

Adakah kita tahu????
Haiwan mampu untuk menghasilkan Vitamin C mereka sendiri,contohnya arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita mengambil sekurang-kurangnya sebiji Vitamin C pada setiap hari untuk kesihatan dalaman dan luaran. Apabila badan kita cergas dan sihat,sudah pastinya kita dapat melaksanakan tugas harian kita(surirumah mahupun yang bekerja) dengan lebih pantas dan bertenaga..




Hidangan sudah tersedia di depan mata, hanya terpulang kepada hak masing-masing samada hendak atau tidak..Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati...Jika ada yang masih teragak-agak dan mengatakan ianya adalah mahal...lihat perbandingan ini....




Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi saya:

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001




Herba-Lax

Herba-Lax ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi..alfalfa,leaves, senna leaves,anise,blue malva flower, buckhorn bark, licorice root,rhubard root, fennel seed dan culver's root. 

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaianya secara klinikal untuk jangka masa panjang.


Ianya baik untuk:
 1)Membersihkan najis yang tersekat.
 2)Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
 3)Membantu mengatasi masalah sembelit.Tindakan pembersihanya yang lembut boleh mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
 4)Mengempiskan perut.

 Pada mereka-mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herba-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Zinc Complex

Apakah perbezaan Zinc Complex Shaklee:
 Ianya dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajdi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.


 Istimewanya Zinc Complex ini kerana;
a) Membentuk kolagen Membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit,kuku dan organ.
 b) Memperbaiki Diabetes Membantu pengeluaran insulin,mengekalkan fungsi insulin.
 c) Mempertingkatkan Sistem Imun Membantu pengeluaran kelanjar thymus. Kelanjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
 d) Mempercepatkan pemulihan luka Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran,pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit
 e) Memperbaiki masalah prostat Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.
 f) Kemampuan seks lelaki Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma.
 g) Ovulasi wanita Wanita memerlukan zinc untuk ovalasi.Ianya juga membantu dalam penguncupan uterus. h) Memperbaiki radang kulit Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.





  Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Ianya memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat,impoten,perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel,kiraan sperma yang rendah,kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Cinch Shake Mix

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch,anda akan mendapat 24 gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protien digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

 Makanan yang kaya dengan protien juga boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.Tidak lupa juga kepada Leucine kerana ianya adalah nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

Antara kebaikan Cinch Shake Mix;
 a) Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
 b) Indeks glisemik - 22,sesuai untuk pengidap kencing manis.
 c) Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protien dipertingkatkan dengan leucine- asid amino.
 d) Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
 e) 24 gram protien setiap hidangan membantu anda berasa puas dan kenyang.
 f) Tinggi kandungan serat,6gm serat setiap hidangan.
 g) Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.  h)Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
 i) Menggunakan soya  yang bebas GMO.
j) Tiada perasa tiruan,warna atau pemanis.










Kenapa kebanyakan Diet Gagal???

Kebanyakan daripada kita yang ingin menurunkan berat badan mengalami kegagalan.


 Ini kerana beberapa faktor,antaranya 
*Kekurangan nutrisi 
*Sukar untuk mengikuti 
*Hasil yang lambat 
*Kandungan tidak selamat
 *Merendahkan kadar metabolisma

 Kesan daripada ini kita akhirnya hilang kesabaran, kepercayaan dan harapan.
 Kitaran diet yang ditakuti pada kebanyakan diet,kita kehilangan lemak dan otot.Apabila kita kehilangan otot, kita kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan metabolisma kita.

 OTOT=METABOLISMA 

 Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, kita tidak boleh membakar kalori seperti kita lakukan sebelum ini. Sebaliknya,berat badan kita bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali kita meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

 Untuk diet yang seimbang dan berkesan..ini pilihan kita...Cinch Shake Mix.. Macam mana ianya bertindak....
 ~ Dapat mengekalkan jisim otot tanpa lemak
~ Menghilangkan berat daripada lemak. 
~ Terbukti secara teknikal. 
~ Diperkasa dengan Leucine. 

Ringkasnya;
*Membantu mengawal lapar
*Meningkatkan tenaga
*Menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada pengguna

Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat pilihan.....


Set Slimming Untuk Ibu Menyusu


Bila dah abis 'berperang' semasa berpantang, kini timbul isu lain pula. Badan dah tak cantiklah...bonjol sana bonjol sini...perut dah buncit...kulit pun dah mengeleber...kalau nak pakai baju sebelum mengandung dulu pun dah tak boleh...kena shopping baju barulah pula nampak gayanya kalau macam ni...kos lagi...Nak ambil produk untuk menguruskan badan takut dan risau pula kerana anak masih kecil dan masih menyusu...kalau boleh nak susukan anak secara ekslusif sampai anak umur 2 tahun...

Dalam duk pening-pening fikir itu ini itu ini...kawan cadangankan supaya cuba produk Shaklee.

Slimming set menyusu adalah famous di kalangan ibu-ibu yang menyusu kerana bukan sahaja dapat membantu untuk menguruskan badan, malah secara tidak langsung ianya membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Apa yang bestnya ianya baik dan selamat unbtuk ibu dan bayi.


 


Ianya terdiri daripada:

1) ESP
Soy protien ini adalah pilihan ramai orang. Pengambilan ESP sepanjang hari akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana protien dicernakan lebih lambat berbanding karbohidrat. 

2) LECITHIN
Merupakan agen pemecah lemak (fat emulsifier) yang akan memecahkan lemak-lemak di dalam badan mahupun makanan yang diambil. Jadi lemak itu akan terapung di dalam salur darah dan tidak termendap. Bahaya jika salur darah ini tersumbat. Risikonya adalah boleh mendatangkan strok jika keadaan ini berlarutan dan tidak diatasi.
*Ramai yang tidak tahu bahawa lecithin juga kaya dengan kolina yang penting untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Kan kita selalu dengar perempuan yang dah bersalin ni cepat lupa...jadi,boleh cuba ambil lecithin bagi mengatasinya.

3) ALFALFA
Adalah merupakan fiber yang bertindak untuk mengangkut keluar lemak yang terapung yang telah dipecahkan oleh lecithin. Tanpa alfalfa, lemak-lemak itu tidak diangkut keluar. Selain itu, alfalfa juga bertindak sebagai detoks lembut untuk menyahtoksin badan serta membantu sistem percernaan dengan lebih mudah dan lawas.
*Mengandungi galactalogue yang menjadi milk booster. Namun bagi menghadapi masalah SLE atau bayi G6PD, anda TIDAK BOLEH MENGAMBIL ALFALFA.

Set Slimming Shaklee ini bukanlah instant effectnya. Ianya mengambil masa disamping kita mengawal pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan gula disertakan dengan senaman yang ringan. Penurunan berat badan secara drastik akan membahayakan kesihatan kerana otot badan akan merasa terkejut (fast effect) dan akan mengambil masa yang cepat untuk naik semula jika tiada pengawalan. Jadi, fikirkanlah yang mana satu kita mahu.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi saya:

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

NutriFeron


NUTRIFERON ??????????????

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
SATU-SATUNYA SUPLEMEN yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.



Apakah kebaikan NUTRIFERON>>>>>>>>>>>>


~ Kelewatan Penuaan :-
formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.


~ Membantu masalah PMS :-
Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan,masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

~ Melawan kanser dan tumor :-
interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

~ Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C :-
keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

~ Melindungi terhadap influenza :-
ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari :-
ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.
ianya mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Masalah Menopaus :-
Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah
lain.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan :-
membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com/
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

OSTEOARTHRITIS MASALAH UTAMA PENUAAN

***OSTEOARTHRITIS MASALAH UTAMA PENUAAN***


Pernahkah anda alami kesakitan yang amat sangat pada sendi lutut? Sendi lutut anda seperti bergesel dan kesakitannya menyukarkan anda menuruni tangga, selain masalah itu mengehadkan pergerakan anda.

Masalah yang anda alami itu dikenali sebagai osteoarthritis. Ia adalah satu daripada lapan masalah arthritis yang umum. Maksudnya, ia terjadi di seluruh dunia dan di Amerika Syarikat saja, 20 juta orang berhadapan dengan osteoarthritis.

Osteoarthritis menjejaskan rawan pada sendi. Rawan yang sihat berfungsi menyerap kejutan daripada pergerakan. Apabila rawan rosak, tulang akan bergesel dan dalam masa yang lama ia boleh menjejaskan sendi secara kekal.

Pada peringkat usia sebelum 45 tahun, osteoarthritis banyak dikesan terjadi di kalangan lelaki, namun selepas 55 tahun, wanita lebih ramai diserang penyakit itu. Osteroarthritis juga dikenali sebagai arthritis penuaan.

Presiden Persatuan Rheumatologi Malaysia, Dr Muhaini Othman, berkata kerap kalinya osteoarthritis akan menjejaskan tangan, kaki, tulang belakang, kawasan sendi yang besar seperti pinggul dan lutut.

Kebanyakan kes osteoarthritis tidak diketahui puncanya dan dirujuk sebagai osteoarthritis primari manakala kes osteoarthritis yang diketahui puncanya disebut sebagai osteoarthritis sekunder.

“Peningkatan usia adalah faktor risiko terbesar masalah ini, bagaimanapun kurang bersenam dan gemuk meningkatkan risiko kesakitan. Malah dengan jumlah 43 peratus warga Malaysia yang berhadapan dengan masalah terlebih berat, osteoarthritis dijangka meningkat,” katanya.

Prof Muhaini berkata, masalah osteoarthritis di lutut antara masalah yang paling umum dalam masyarakat di negara ini. Ia memang tidak mengancam nyawa tetapi memberi kesan pada kualiti hidup. Misalnya, pesakit sukar untuk menaiki tangga kerana berasa sangat sakit.

Tiada ubat untuk menyembuhkan masalah ini tetapi kata Prof Muhaini, diagnosis awal membantu memperlahankan proses osteoarthritis dan memastikan rawatan yang sesuai. Ada banyak rawatan digunakan dalam menguruskan kesakitan disebabkan osteoarthritis antara yang biasa dilakukan pengambilan paracetamol. Selain itu, senaman seperti regangan disarankan bagi mengurangkan kesakitan.

Prof Muhaini berkata, pesakit osteoarthritis berhadapan dengan pelbagai simptom. Namun, simptom yang paling kerap dialami termasuk rasa kaku, pergerakan sendi yang terhad, rasa lemah pada sendi dan kadang kala sendi membengkak. Semua simptom ini boleh menyebabkan rasa sakit dan rasa tidak stabil apabila berjalan atau menaiki tangga.

Info

Faktor risiko osteoarthritis

1) Berusia.

Masalah osteoarthritis secara tipikalnya terjadi di kalangan mereka yang berusia. Ia jarang dikesan pada mereka yang berusia di bawah 40 tahun.

2) Jantina.

Perempuan kerap berhadapan dengan osteoarthritis berbanding lelaki

3) Masalah tulang yang cacat.

Ada sebilangan orang yang lahir dengan bentuk tulang atau rawan yang tidak sempurna. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko osteoarthritis.

4) Cedera pada sendi.

Kecederaan pada sendi yang paling lazim adalah kecederaan waktu bersukan selain kemalangan. Kecederaan pada sendi meningkatkan risiko osteoarthritis.

5) Obesiti.

Obesiti meningkatkan tekanan pada sendi yang berfungsi memikul beban misalnya lutut. Selain itu, obesiti juga berisiko meningkatkan masalah yang sama di tangan.

6) Penyakit lain seperti gout, rheumatoid arthritis (RA) juga boleh meningkatkan risiko osteoarthriti.

Penyelesaian >>>>>>>>>>>>




ADVANCE JOINT HEALTH TABLET dapat membantu meningkatkan keselesaan sendi dan menyokong pegerakan .Ianya membantu mengekalkan sendi-sendi supaya kuat dan fleksibel.

OSTEMATRIX dapat memberi kekuatan kepada tulang dan dapat membantu masalah otot , saraf serta kekejangan.

Gabungan kedua produk ini merupakan gabungan yang 100% terbaik bagi mengatasi masalah melibatkan pegerakan tubuh badan.Jangan jadikan masalah ini berlarytan sehingga menggangu aktiviti harian anda.

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com/
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Krisis Pemulihan

'Healing Crisis'

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi ia sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi,

Dalam jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaa ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang agak lama. Ini kerana sisi-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur dan antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, air kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain keadaan. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu bergantung pada tahap penerimaan tubuh badan masing-masing terhadap supplemen.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air kosong, rehat yang secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Bagi sesiapa yang mengambil supplemen ini jangan berasa takut atau curiga sekiranya mengalami keadaan-keadaan atau situasi-situasi dia atas kerana selagi kita yakin dan percaya ianya adalah untuk kebaikan kita di masa akan datang...insyAALLAH ianya akan berlalu dengan lebih mudah dan pasti kita akan berpuashati dengan kesannya di masa akan datang. Sesungguhnya kita hanya mencuba yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling. Selagi mana kita tidak berusaha,selagi itu ianya kekal seperti itu..

Jika ada sebarang pertanyaan atau pandangan bolehlah menghubungi saya:

salmizah omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Perkembangan anak anda bersama OMEGA GUARD

Memahami Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .
 


Pertumbuhan
Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.
Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi.

1. Perkembangan Fizikal
Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.

2. Perkembangan Bahasa
Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.

3. Perkembangan Kognitif
Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

4. Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Semua perkembangan ini sangant penting bagi ibu bapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
Segala perkembangan samada dari segi fizikal atau mental ianya bergantung pada perkembangan otak kanak-kanak tersebut.



















SHAKLEE OMEGA GUARD terbukti dapat membantu perkembangan minda serta memberi kecergasan menyeluruh keatas minda itu sendiri.


Omega Guard kaya dengan DHA dan EPA iaitu asid lemak omega 3 yang dihasilkan daripada ikan laut dalam dan khasiatnya sememangnya berkesan.


Omega guard juga dapat menguatkan imun tubuh kanak-kanak dari masalah enzima dn masalah kulit.

                                                                           Salmizah Omar
                                                                        Shaklee ID: 877011
                                                         Facebook: www.facebook.com/izziumlife
                                                            No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Revitalizing Shampoo


Revitalizing Shampoo
 
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
 

Bersama Rita Rudaini :)


Bersama rita rudaini di pizza hut kota damansara sempena brithday anak buah ku :)

Set Bersalin

Bagi ibu-ibu atau bakal-bakal ibu mesti pening kepala nak fikir atau cari apakah vitamin yang perlu diambil sewaktu berpantang nanti...nak ambil jamu kan risau tak sesuai pula...anak panaslah..susu keringlah dan bermacam-macam lagilah. Pengambilan vitamin dalam masa berpantang adalah sesuatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang selama 44 hari itu terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana pada masa itu kita masih dalam kesakitan akibat luka jahitan semasa kelahiran,badan sangat lemah akibat kehilangan banyak darah,emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tak mahu tidur malam...sememangnya amat memenatkan..tidur pun tidak menentu...So,jadilah ibu yang bijak,cergas dan bertenaga dalam memilih set bersalin yang mana sesuai dan patut diamalkan.

Apa yang bestnya kalau mengambil set bersalin Shaklee ini...kerana set bersalin ini antara yang terlaris dan sering mendapat perhatian ibu-ibu di luar sana..Ianya terdiri daripada:

1)B-Complex - Asid Folik 
B-Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu-ibu yang berpantang. Ianya juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang diambil menjadi tenaga. Justera itu, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan.

2)Vita-Lea- Multivitamin - Zat Besi
Sangat penting diambil oleh ibu-ibu berpantang kerana vita-lea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang. dZat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat,letih dan tidak bermaya.

3)Vitamin C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk cologen dan penting dalam kecantikan kulit.

4)Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan luar dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar kalau hendak memasak atau memakan ikan haruan setiap hari. Justeru itu pengambillan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat. bagi ibu-ibu yang berpantang. Zink juga membantu dalam masalah 'kediginan' selepas bersalin.

Jika semasa berpantang mengalami masalah sembelit atau susah dan sakit semasa membuang...cubalah ambil Ostematrix sekali,kerana Ostematrix ini akan melawaskan ibu-ibu yang mengalami masalah ini..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan untuk Set Bersalin Shaklee ini bolehlah menghubungi saya:

Salmizah Omar
Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Penyakit senggugut


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).
Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

Simptom

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria(murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: [3][4] [5][6]
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)



Penyelesaian :-

Dengan penggunaan GLA-complex yang consisten anda dapat mengatasi masalah PMS yang dihadapi.
Bahan-bahan berasaskan alam semulajadi yang terkandung dalam GLA-complex ini dapat membantu mengatasi masalah PMS ini.
GLA-complex juga dapat membantu mengurangkan masalah simptom seperti kegatalan ,bengkak,kulit mengelupas,kekeringan , sakit sendi dan juga kemurungan.

Tel/Sms@Whatsapp : 013-3752001
Blog : http://izziumlife.blogspot.com

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...