KEMURUNGAN & STRES ?????????????


KEMURUNGAN & STRES ?????????????




Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri.

Memang tidak pelik bagi golongan yang mengalami kemurungan yang kronik berisiko tinggi menghidapi masalah jantung kerana tekanan dan stres adalah salah satu penyebab penyakit jantung.

Ada pesakit dan ahli keluarga tidak mengambil berat penyakit kemurungan ini walaupun terdapat rawatan seperti ubat-ubatan dan kaunseling. Mungkin masyarakat tidak sedar bahawa masalah mental adalah penyakit sepanjang hayat dan ia boleh berulang-ulang tanpa mereka sedari. Justeru pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat pakar psikiatri. Namun, disebabkan prejudis masyarakat, pesakit dan ahli keluarga tidak mahu mendapatkan rawatan.

Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu faktor tekanan diri, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang yang sangat disayangi, perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga boleh menyumbang ke arah kemurungan. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali juga menjadi punca masalah kemurungan.

GenetikKemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan ini boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan.

Segala masalah kemurungan ini boleh diatasi sekiranya kita melakukannya dengan betul seperti :-

* Berbincang dengan doktor psikologi
* Pengambilan ubat yang sesuai melalui nasihat doktor
* satu rancangan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
* Dan yang paling penting adalah mendekatkan diri kita kepada tuhan dan berdoa kepadanya kerana segala penyakit dan penyembuhan hanya datang ALLAH.



Shaklee ID: 877011
Facebook: www.facebook.com/izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com/
No tel/sms/whatsapps: 013-3752001

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...