Kesihatan Optimum – Apa Rahsianya?


Mengikut Dr. Abdul Aziz, pakar fisiologi saraf, ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum – pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
Pemakanan – semua orang tahu yang kita kena makan makanan seimbang agar kita mendapat nutrien yang diperlukan. Sekiranya nutrien yang diperolehi dari makanan tidak mencukupi, Dr. Abdul Aziz menyarankan kita mengambil pemakanan tambahan atau suplemen. Kita tahu yang kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja, ramai di antara kita kata tak pa lah. Kita ingin percayai yang kita akan OK, tak akan dapat penyakit kritikal macam orang lain.
Dulu saya berkeberatan untuk mengambil suplemen walaupun saya tahu saya tidak mendapat cukup nutrien dari makanan seharian. Pada masa itu perkara lain lebih bernilai dari menjaga kesihatan. Namun apabila keutamaan saya sudah berubah, mengambil suplemen tidak lagi menjadi beban kepada saya.
Bersenam? Sama juga, tiada rahsia – semua orang tahu bersenam tu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang percaya senaman tu baik untuk kesihatan. Senaman boleh mengekalkan kesihatan jantung, organ tubuh kita yang terpenting. Tapi kenapa kita tidak mempunyai komitmen untuk bersenam. Mari kita renungkan bersama kenapa kita MALAS bersenam. Tanya KENAPA sekurang-kurangnya 5 kali dan lihat apa yang timbul. Kemudian buatlah keputusan, nak bersenam atau tidak. Jika sudi, kongsilah dengan para pembaca apa yang diperolehi dari muhasabah tersebut.
Yang ketiga kata Dr. Abdul Aziz ialah rehat yang cukup. Ini pun semua orang tahu – bukan rahsia. Kita kena tidur secukupnya, tapi kadang-kadang (lebih ke arah selalu), siaran TV seperti Liga Perdana Inggeris lebih penting dari tidur. Melayari Internet lebih penting dari tidur. Tidur boleh MEMULIHKAN OTAK. Saya pun kadang-kadang terfikir, mana lagi penting – memulihkan otak atau terujakan diri dengan siaran langsung Liga Perdana Inggeris.
Perkara keempat – sikap mental. Kata Dr. Abdul Aziz lagi, ada kaitan antara tindakbalas tubuh kita dengan fikiran kita. Kalau kita mengambil sesuatu sebagai masalah, kita akan stres. Stres akan membawa kepada tekanan darah tinggi. Saudara/ri tentu pernah dengar cerita atau pernah sendiri alami, seseorang yang sihat akan demam bila beberapa orang rakan mengatakan beliau nampak demam dan beliau percaya dengan kata-kata rakan-rakan tersebut.
Hanya sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.

pentingnya kesihatan


Ramai orang yang mengorbankan kesihatan mereka demi mengejar kekayaan, kemudian mereka membelanjakan kekayaan mereka untuk mengembalikan kesihatan. Aneh ya, tetapi itulah kita… manusia.
Sekiranya kita mempunyai seekor itik yang bertelur emas, sudah tentu itik itu akan kita jaga dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Begitu juga dengan mekanik atau pengurus kilang, mereka akan menjaga peralatan dan jentera agar berfungsi dengan baik bagi memastikan pengeluaran yang optimum. Tapi bagaimana dengan jentera yang paling hebat di dunia, sumber utama kepada pengeluaran kita ia-itu badan kita? Adakah kita menjaganya dengan baik agar ia dapat berfungsi dengan baik dan memberi hasil yang optimum?
Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan. Kita semua tahu, tapi kita agak berkeberatan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap optimum. Kesihatan optimum bermaksud hidup bertenaga serta bebas dari gejala yang menyukarkan dan juga penyakit kronik. Kita seorang yang gagal bila kita mengabaikan kesihatan kita. Demi untuk mengejar kejayaan, kita sering tidak makan atau makan makanan yang tak seimbang. Kita juga tidak mengambil pemakanan tambahan untuk menampung kekurangan akibat pemakanan yang tidak seimbang. Kita tidak tidur dengan secukupnya, tidak bersenam… semuanya demi mengejar kejayaan.
Mari kita renung bersama pepatah Peranchis yang berbunyi, “Seorang yang sihat adalah seorang yang berjaya”.
Kita semua sedia maklum bahawa kita akan menghargai seseorang atau sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan mulai menghargai kesihatan kita bila kita sudah mula kehilangannya. Sekiranya umur kita sudah melampaui 40 tahun, eloklah memberi perhatian kepada kesihatan diri. Sudah banyak sistem badan yang rosak akibat gaya hidup yang tidak sihat.

istemewa ESP soy protein


my hero


Gambar ni aku snap 2 minggu lepas.masa ni dekat klinik putrajaya.hafiy ada tanda-tanda nak sakit mata...tengok mata pun dah macam sepet sebelah...dah lah mata sepet dah...bertambah sepetlah mata anak aku...

Pengiraan Susu Untuk Bayi

Sesetengah daripada kita selalunya menghadapi masalah yang hampir sama dalam menentukan sama ada susu yang kita bekalkan kepada anak mencukupi atau pun tidak. Saya sendiri pun menghadapi masalah yang sama. Mulalah saya godek-godek internet nak tahu macam mana macam mana. Maklumlah anak pertama belum ada pengalaman dan pengetahuan lagi.Banyak maklumat saya dapat, akhirnya saya tahu bahawa bayi minum dalam 25oz (750ml) sehari between the ages of 1 month and 6 months. Tapi perlu diingatkan ya..tidak semua bayi sama, ada jugak yang lebih banyak dan ada juga yang kurang. Jadi, average lebih kurang 19-30oz per day (570-900ml per day).  Anggaran di atas ini untuk bayi 1-6 bulan. Selepas 6 bulan bayi dah makan solid food amount yang diperlukan akan kurang. Masalah utama ibu-ibu seperti saya juga tak pasti nak estimate susu untuk dihantar kepada pengasuh atau taska pada hari-hari pertama masuk kerja selepas cuti bersalin..so..begini ya ibu-ibu diluar sana..:
                  *anggarkan dalam 24 jam berapa kali bayi kita menyusu.
                  *kemudian bahagikan dengan 25oz (anggaran minum sehari)
                  *hasinya kita agak-agak sekali menyusu berapa oz ebm perlu kita sediakan.

     contohnya:
                     kalau sehari bayi menyusu 8 kali, so kiranya:
                                              25/8=3.1...so anggaran 3.1oz for each feeding.
               
                     ok..sekarang kita dah tahu berapa oz..persoalan seterusnya berapa botol?..eee macam mana..
                     senang jer tak payah pening-pening kepala...anggarkan if kat rumah antara pukul 8-6 petang
                     (ikut waktu kita kerja) berapa kali bayi kita menyusu...biasanya 4-5 kali...so kita hantar atau
                     bekalkan bayi kita dengan 4-5 botol(setiap botol 3.1oz) untuk sehari...mudahkan...

Selepas ni harap-harap takde lah ibu-ibu di luar sana pening-pening kepala nak fikir..

Jadilah ibu yang bijak supaya titisan mutiara kita tidak membazir...

Kepentingan makanan tambahan untuk ibu menyusu

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa ibu yang menyusu tidak perlu makanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Namun bagi saya adalah betul sekiranya ibu mendapat khasiat yang mencukupi untuk menampung keperluan badan ibu dan anak...Tetapi sekiranya tidak mencukupi ianya akan mendatangkan kesan yang tidak baik untuk ibu dan anak..Dalam situasi begini makanan tambahan@supplemen adalah perlu bagi menampung keperluan ibu dan anak...
Jika ibu adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan ibu tidak memenuhi keperluan badan ibu, suuplemen amat digalakkan. Supplemen hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan ibu yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.
Pengambilan supplemen memerlukan pengambilan air yang mencukupi agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik.

Bagi ibu-ibu di luar sana bertindak lah segera demi keperluan anda dan anak anda...Hanya anda yang tahu samada ianya cukup @ tidak....

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...