Supplimen untuk Rheumatoid Arthritis???

HARI ini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya. Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?
Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit  akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate(ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.



Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.
Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialahanalgesics dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.

Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist, University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham, UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa 3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.


Anda mampu cegah penyakit ini sebelum ianya terjadi keatas diri anda. amalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat . Anda juga boleh mengamalkan pemakanan supplimen untuk membantu mencegah pekara ini berlaku.
Supplimen keluaran shaklee adalah antara supplimen yang bermutu tinggi dan telah dipercayai di seluruh negara akan kemampuannya.
Antara produk shaklee yang sesuai ialah OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD.Dua produk keluaran shaklee ini mampu membantu mencegah penyakit Rheumatoid Arthritis ini.Bagi mereka yang telah mengalami penyakit ini anda juga boleh mengamalkan pemakanan supplimen ini.Bagi mereka yang mengalaminya setelah mengamalkan pemakanan supplimen ini ianya membantu mengurangkan perkembangan penyakit ini.( tidak menyembuhkan dengan serta merta ).
          




Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi percuma :-
Tel/Sms@Whatsapp : 013-3752001 / 010-2985359
Facebook : http://www.facebook.com/Izziumlife
Blog : http://izziumlife.blogspot.com/ ( JOM TGK BLOG SAYA )

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...