kolestrol

APA ITU KOLESTROL..?????  



Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung.

Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.

Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.

Jenis-jenis kolesterol yang utama ialah :

· LDL (low-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol jahat. Sekiranya jumlahnya meningkat di dalam saluran arteri, kemungkinan untuk mendapat serangan sakit jantung akan meningkat.

· HDL (high-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia dipercayai membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam darah. Kandungan HDL yang tinggi akan melindung anda daripada serangan sakit jantung dan mengurangkan risikomendapat penyakit berkaitan dengan jantung.

· Triglycerides. Individu yang mempunyai triglycerides yang tinggi mungkin juga mempunyai LDL yang tinggi atau HDL yang rendah.

Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kolesterol ?

Penukaran di dalam pemakanan dan cara hidup anda kadang-kala sudah cukup untuk mengurangkan kadar kolesterol ke tahap baik. Kadang-kala ia perlu disertakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Pemakanan :

Pengambilan lemak tepu (daging, makanan berasaskan susu, minyak kelapa, santan, dsb) hendaklah dikurangkan.
Ambil makanan yang tinggi dengan kandungan serat (fibre) seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dsb.
Gantikan pengambilan susu biasa dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.
Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak asid tidak tepu (mono- dan poly-unsaturated fatty acids).

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...