Untuk Anak Yang Bijak dan Pandai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada malam ni saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dan macam mana saya mula tertarik untuk mengamalkannya dan selepas itu join ahli..

Sebelum berkahwin dan seterusnya melahirkan anak saya tak tahu pun apa itu shaklee. Tetapi selepas berkahwin dan melahirkan anak lebih 1 tahun setengah yang lepas baru saya tahu tahu apa itu shaklee..itu pun selepas menghadapi masalah dalam penyusuan..susu dah tak banyak.

Sekarang ni kan zaman teknologi. Apa-apa maklumat yang kita hendak tahu senang jer...google jer. Saya google-google maklumat atau apa-apa suplemen atau ubat yang boleh menambahkan susu badan kerana masa tu anak (Hafiy) saya berumur 9 bulan, masih myusu badan sepenuhnya dan susu semakin berkurangan..Selepas mengoogle jumpalah dengan shaklee dan berkenal-kenalanlah..Apa yang yang membuatkan saya berminat dan tertarik untuk mendapatkan supplemen ini kerana supplemen shaklee ini bukan sahaja untuk mengalakkan pengeluaran susu badan malah dalam pada masa yang sama ianya dapat memberikan kesihatan yang baik untuk ibu yang menyusu.

Susu Untuk Hafiy 
Dalam duk mencari-cari pengedar yang berdekatan dengan tempat tinggal dan kerja saya ,baru saya perasan yang sepupu saya yang mana tinggal berdekatan dengan saya adalah salah seorang pengedar di kawasan ini. Apa lagi terus jer saya hubungi dia untuk mendapatkan set untuk menyusu. Selepas 2 minggu mengamalkannya memang nampak perbezaannya. Susu semakin pekat,badan semakin bertenaga dan lengguh-lengguh badan semakin berkurangan. Pada masa yang sama amalan "YA MATIN" memang tak lekang di bibir. Memang cita-cita hendak menyusukan Hafiy at least sampai umur dia 1 tahun.

Alhamdulillah saya dapat menyusukan Hafiy dengan susu badan sepenuhnya sehinggakan dia berumur 1 tahun 4 bulan..

Bila Hafiy dah bertambah usia dan bertambah lasak, muncul pula masalah lain. Hafiy badan dia makin menyusut dan selera makan pun dah berkurangan. Bila check up di klinik berat Hafiy dah nak mencecah ke garisan kuning dah. Sebagai ibu tentulah risau kalau anak tak nak makan.. Saya google-google lah nak cari kot-kot lah ada supplemen atau vitamin yang boleh bagi Hafiy berselera untuk dia makan memandangkan umur dia pun baru 1 tahun 7 bulan. Kalau kecil-kecil ni risau nak bagi apa-apa suppleman atau vitamin. Pernahlah juga cuba bagi Hafiy makan Schoot tapi dia tak suka...dia muntahkan semula. Risau sangat-sangat....

Setelah google-google tu  adalah terbaca vitamin dari shaklee yang boleh menambahkan selera makan anak,boleh mengelakkan sembelit, menguatkan sistem imun,mengelakkan selesma dan asthma.

Makanan Tambahan Yang Wajib Untuk Hafiy
Daripada pembacaan testimoni- testimoni sebelum ni saya rasa shaklee ini bagus dan memandangkan saya pernah mengamalkan set menyusu shaklee,saya terus join ahli shaklee di bawah bimbingan sepupu saya. Supplemen pertama yang saya beli selepas join ahli ini adalah mealshakes memandangkan Hafiy ada masalah kurang selera makan..Mealshakes ini senang untuk bagi kat Hafiy kerana boleh campur dalam susu dia. Tiap- tiap pagi saya campurkan dalam susu Hafiy...apa yang saya rasa mealshakes ini sedap tu yang Hafiy boleh minum dan boleh telan.

Alhamdulillah sekarang ni dah nak abis 1 tin dia minum...selera makan Hafiy makin bertambah. Kalau tak dulu makan apa-apa 2 3 suap dah tak nak...

Bila umur Hafiy dah 2 tahun ni saya bagi pula dia omega guard dan chewable vit c..yang mana seperti mana yang kita ketahui omega guard ini memang elok untuk perkembangan otak kerana ianya mengandungi EPA dan DHA..dengan harapan Hafiy akan membesar dan menjadi anak yang bijak. Ini kerana saya percaya bahawa pemakanan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan tumbesaran anak-anak.

Sesetengah ibu bapa mengatakan supemen ini mahal tetapi bagi saya sebagai seorang ibu ianya masih berada dibawah  tahap kemampuan kita lagi. Sebagai contoh mealshakes,harganya sangat berbaloi kerana untuk seorang anak anggaran RM25 sebulan untuk penggunaan selama 4 bulan. Omega guard pula untuk seorang anak anggaran dalam RM22 untuk sebulan untuk penggunaan 5 bulan..Tidak rugi rasanya untuk pelaburan anak-anak di masa hadapan. Kalau kita sebagai ibu bapa mampu belikan baju@mainan dalam RMxxx,takkan yang ni tak mampu...so fikir-fikirkanlah...


Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...